Thursday, November 19, 2009

Keputusan UPSR!!

salam..

Nak tahu tak keputusan periksa UPSR saya??
Nak tahu tak?? Nak tahu?
OK.. keputusan periksa UPSR saya ialah...
4A 1B!!
bangga ni... Tak sangka dapat 4A 1B
Ingatkan dapat 3A ke.. 2A ke...
Tapi bile dah dapat keputusan..... Memang tak sangaka...
Gembira gilerr sampai menangis!!
Syufinah lagi la.. Trial dapat 1A je..
Bile dah dapat keputusan UPSR,
die dapat 4A 1B jugak!!!
Kami menangis gembira bersama-sama..
ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....ALHAMDULILLAH....
Sambil menangis kami sebut ALHAMDULILLAH...
Sekolah saya 28 oranng yang dapat 5A..
Kiranya OK lah tu daripada tahun lepas 19 je yang dapat 5A..
Tujelar coretan saya kali ni..

Wassalam..

Friday, October 30, 2009

Ambik Tag

Tag Ini di ambil dari blog Kak Lina:

Bold the statements that are true to you. Italicize the statements that you wish were true. Leave the fibs alone. Then, tag 6 people to do the same test.

I’m 170cm tall.
I don’t know what I want at the moment.
I’m not happy.
I hate my friends / a few of them .
I hate my life.
I hate my grades.
I can drive.
I'm bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.
Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.
I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
Okay, maybe less than 90.
I still hang out with my ex, eventhough our break up was rather nasty.
I'm studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.
I buy CLEO every month.
My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.
I don’t have faith in the current “one”.
My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.
I’m a rebel.
I don’t believe in love / not so.
High school's filled with drama.
My parents have faith in me.
I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before.
I hate sports.
I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.
People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.
I’m a guy.
I’m scared of Biology.
I hate vacations.
We’ll last.I believe in long distance relationships. / not so.
I’m going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady
.I’m starting to like applying make-up.
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs.
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot.
I’m a sinner
.I’ve got a DS light.
I have a Wii.
I can live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.
I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Maybe less than 100%.
Boys are assholes.
I hate Maths/kinda.
I’m happy with what I have.
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me.
I don’t read newspapers.
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.
I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.
I’m happy with my 11 year old car.
I hate people that are smart.
I love Orange juice.
I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.
I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
I love swimming.
I haven’t worked out since March.
I think I'm fat.
I love my friends and family.

6people to tag:

1. Aisyah N.H.
2. Amirah Fatin
3. Nafisah
4. Jihan Madiha
5. siapa
6. nak?

Sunday, October 11, 2009

Akhirnya!!

Salam..

AKHIRNYA!!! Selama 3 minggu tidak bermain internet, sekarang ni baru dapat!!! ha..ha..
Korang semua best tak raya tahun ni? Saya? Boleh tahan la..Raya ke-3 tengok sekolah saya tahun depan.. besar sekolah tu.. Sekolah Nik AZIS tu!!! Boleh jumpa dia setiap hari!!! Nampaknya tahun depan jarang berblogginglaaa.. Kalau tahun depan saya buat banyak post maknanya sya pinjam komputer sekolah ataupun pergi CC. Erm.. setakat ni jelar ye.. Saya sekarang ni kat CC. Kene keluar cepat sebelum dihalau...!!!

Wassalam..

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!!

SalaM..





Heh... saja je nak ucapkan hari raya awal-awal. Takut tak sempat sebab tahun ni raya kat Kelantan. Jauh woo... Dah la kat kampung takde komputer. Jadi, tak boleh buat post la... Buat awal-awal lagi senang sebab raya nanti tak payah ucap lagi sekali sebab dah ucapdah... Kad raya tak sempat buat. So, kad raya kat bawah ni cilok dari internet la..... hi... Sori kepada pemilik kad raya ni..



Duit raya lupala nak bagi..

Wassalam..

Wednesday, September 16, 2009

Siapa tak marah?

Salam..

Harini rasa geraaaaaaaam sangat! Pasal apa? Pasal apa lagi kalau bukan pasal budak LELAKI.
Diaorang dah buat saya maraaaaah sangat. Macam ni jalan cerita die:

Masa tu, tengah baca buku tajwid sebab nanti ada periksa PSRA matapelajaran tajwid. Lepastu, saya pun nak keluar la sebab nak ambil air wuduk dan tiba-tiba..... BOOM!! pintu terbukak dan sejadah berterbangan!! Budak perempuan yang tengah rilek-rilek pon terkejut besar!! Rupa-rupanya budak laki saja nak terkejutkan kitaorang!! Ataupun nak mengorat Annisa kot? Ntah la.. Lepastu kitaorang gado-gado dan AKHIRNYA lelaki mengalah juga!! Haha.. Ternyata perempuan lagi mulot laser dari budak lelaki.. Tanda budak lelaki dah mengalah ialah.... diaorang tutup pintu dan tidak layan kitaorang lagi.. Dah takde idea kot nak lawan balik apa... Tapi saya masih marah lagi... Ok.. Sampai sini saje!! Oh ya! Hampir terlupa!! Tadi , masa baru habis periksa, saya pun nak balik la sebab kereta dah sampai. bila dah 50 cm nak sampai kereta,tiba -tiba, Fadh tahan saya. Die kata 'nama kau sape?' Saya pon cakapla dalam hati "nama aku die terlupa? kita kan pernah sama kelas dulu?" saya pon cepat jalan(bukan lari) dan bukak pintu kereta dan die cepat-cepat lari. Dia tak tau kot tu kereta saya. haha.. padan muka!!
tujela!! WASSALAM..
Wassalam..

Wednesday, September 9, 2009

What Hapened Today?

Salam...

Haih.. banyak benda terjadi harini. Mula-mula, periksa Math 1 yang saya main HANTAM BANYAK SOALAN!!! ha..ha.. Lepastu habis lah periksa kita orang untuk harini. And then, ada tusyen free kat sekolah. Mula la kitaorang cakap kat cikgu macam-macam. Kitaorang cakap periksa susah lah.. itula,inilah. Haiyya... Lepastu lepak kejap kat bawah pokok yang lebat daunnya dengan Aisyah & Syufinah. ha..ha.. Kita orang borak-borak jap. Tapi tajuknya hanya diminati oleh Aisyah & Syufinah iaitu.........: Cerita Jepun. Argh!!! Tak paham langsung cerita apa yang diaorang ceritakan. Saya ni tak minat cerita Jepun ni . Dia orang cakap pasal cerita 'Prince of Tennis'. Pernah tengok tak? Saya tak pernah tengok.. Lepastu azan Zuhur... Saya pon solatlah dengan Syufinah je sebab Aisyah dah balik.. Lepas solat baring-baring jap kat dalam surau tu(surau KDH), tergoleng-goleng(Syufinah la tu), nasib baik tak de orang dalam surau masa tu. Lepastu keluar la dari surau tu sebab ada orang nak solat. Kita orang tunggu la kat kantin sebab beg ada kat situ. Malas nak bawa beg tu kehulu-hilir. Lepas dah bosan kita orang salam ngan Shahira sebab dia nak balik. We do our special hand shake and pergi koperasi sebab ada cikgu bahasa melayu kitaorang kat situ. Kitaorang jenguk sikit kat dalam koperasi tu, lepatu kitaorang nampak..... nampak.... kitaorang nampak..... Air F&N!!!! HaIH... Memang menguji kesabaran betol la!!! Macam-macam perisa!!! Cikgu perasan tau kitaorang terpandang-pandang air tu. Lepastu cikgu pon belanja la kitaorang.. Yay!! Lepas cikgu belanja cakap la terima kasih banyak-banyak.. Doakan kitaorang berjaya, bla..bla..bla.. Dah la.. Nak tido.. nantok sangat!!!
Wassalam...

Tuesday, September 8, 2009

Periksa!!!

Salam...

Haih... masa periksa pon boleh bukak komp. lagi...? Ish..Ish... Ha..Ha.. saja jer buka komp. ni..
mak suroh buka buat periksa tahun lepas dalam komp. . Harini ada periksa Mathematics (1).
Harap-harap senang lar.. Semalam periksa BM 1, BM2, Mathematics1. Boleh tahan la soalan die..
Ok. Nijelar..
Wassalam...

Thursday, September 3, 2009

TTFN???

Salam...

Haih.. Mungkin ni kali terakhir saya jenguk Blog ni. Yelah..
UPSR MINGGU DEPAN!!!
Doakanlah supaya saya dapat 5A UPSR & Mumtaz PSRA...
Harini penaaaaat sangat.. Susun meja untuk UPSR nanti. Penat dowh.... Tapi.. kelas 6 Uthman dengan 6 Omar lagi penat sebab dia orang kena angkat meja dari tingkat 4 sampai ke tingkat G.
HA...HA...HA.. Kiranya kelas saya ni beruntungla sebab kelas bawah sekali... Lagi pun... Saya tak payah angkat meja sebab,,, kelas saya periksa dalam kelas darjah satu,,, SO... kitaorang guna meja darjah satu jelah... Tukar kelas dengan budak darjah satu.. heh..heh.. Tapi penatlah juga sebab meja darjah satu ni kotor. So... Kami tahun 6 telah sipaksa oleh cikgu untuk mengemas kelas tu!! Haih!!! Adik tak sapu kelas ke? Banyak habuk dalam kelas adik ni! Kakak un tak tau Kakak bersin berapa kali.. Sabar Zahidah.. Dia orang ni kecik agi.... Hurmmm..... Betul juga eh...
Lepatu nak kena bawak balik barang yang ada bawah meja tu macam....

1.6 buah buku teks
2.3 buah kamus

AYKARAMBA!!(ayat orang yg terkejut dlm bahasa sepanyol)
Banyak barang wo... Aiyayya.... Haih!!!(saya ni banyak mengelu la pulak)
Baiklah... Sampai ni saje..
Wassalam..

Wednesday, September 2, 2009

Tolong forwardkan!!

Salam...



1. Semalam,Siaran RTM di negeri Pahang,
tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit. mungkin ini tanda2 nya..



2. Kepada semua yang bergelar muslim, harini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama, kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh tidak berhenti azan dan solat. Sebarkan kepada umat ISLAM yang lain. Amanah!!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA. Sebarkan kalau sayang pada Islam.

3. BAHANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ada dalamnya. POKEMON bermaksud saya Yahudi. PIKACHU bermaksud JADILAH Yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah. Nauzubillah.... Jadi,tolonglah sebarkan kepada rakan2 anda semua.

4. Sesiapa yang ada yahoo messenger(ym), tolong jangan add orang yang ID die macam ni :
anamuslim_....cute_97@yahoo.com. Die cuba nak murtadkan orang Islam. Tolong forwardkan post ni kepada semua orang Islam!!!_kalau rasa sayangkan Islam la.. kalau tak sayang tak payah forward) Jangan fsombong n bongkak... Sekarang korang gembira lah. Tunggu balasan dekat kubur..

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan!!!!! UPSR?!

Salam...

So long Syaaban and welcome Ramadhan!!!!! Wah !!!! tak lama lagi nak puasa..
Bestnyer.. Tak sabo!!! Nak tau sebab apa? Sebab, lepas puasa raya! Ceh... tak delah.. acah jer..
Raya tahun ni kat Kelantan. Dah lama tak Raya kat Kelantan. Kan? Heh...heh... Dah lama tak jumpa Maktok & Paktok. Kan?
Lepastu.... UPSR is nearer!!! OMG!! Tak bersedialar.... Kalo tak bersedia pergilah bersedia...
ADUSH!!!!
Macam mana nak bersedia????
Nanti nak buat jadual belajar yang baru lar....
Pastu masa cuti sekolah nanti mesti study. Kalo boleh buat study group.
HAH!!!! Kan mase cuti sekolah nanti ade tusyen.! Kita buat study group and just study, no play-play sampai petang. Pastu baru balik rumah... Heh..Heh.. lama kan?
Disebabkan dah nak UPSR & PSRA, mungkin sya tak kan tengok blog kot.. Nak study sajer...

tu jelar...
Wassalam..

Wednesday, August 5, 2009

Erk!?

Salam...

Wah..
Rasanya da lame tak edit blog, kan? Heh...heh.....
Yela.... Sekali-sekala je bleh tengok blog. TENGOK JE...
UPSR nak dekat da.... Mood: takot dan tidak bersedia...
Mase percubaan ke apa-apa,orang tengok saya macam tak nak perikasa.
Buat macam orang yang tak periksa. Padahal nak periksa.
Tapi, Alhamdulillah.... Dapat jugak le 3A untuk peperikasaan pertengahan tahun ni...
Kene tingkatkan prestasi lagi
dah lah.. tujelar rasenya.

till then.

Monday, June 22, 2009

MAMPUKAH AKU MENJADI SEPERTI MEREKA?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.

Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya
.
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah,
harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.

Sunday, June 7, 2009

Hikmah 5 jari

Hikmah 5 Jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentu buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

Saturday, May 23, 2009

Selamat Hari Guru !!!


Assalamualaikum......


Kepada semua guru-guru yang ada kat dunia nih, saya cuma nak ucapkan SELAMAT HARI GURU !!! Semoga panjang umur terutama guru-guru yang pernah mengajar saya.....


Wednesday, May 13, 2009

Sudy,study and study

Assalamualaikum.....


Minggu ni harus study sebab minggu depan ada periksa. TENSION ! Sebab apa ? Kelas saya adalah kelas harapan sekolah untuk mendapat 5 A & Mumtaz dalam PSRA... Semua mengharapkan kelas saya. TENSION!!!!! Ya ALLAH !!! bantulah hambamu yang sedang dalam keadaan tension ni... AMIN.... Doa-doa kanlah saya supaya dapat straight A. Doa anda amat dihargai. Itu sajalah. Sekian.......

Saturday, May 2, 2009

The bestest Tamrin !

Assalamualaikum...


Apa khabar kawan-kawan? Saya sihat jer. Pada 24-26 Apr 2009, sekolah saya telah mengadakan tamrin pengukuhan tahun 6 dan SMI di Impian Country Resort, Hulu Langat.

24 Apr 2009 (hari pertama)
Tiba di tapak perkemahan. Tempatnya sangat cantik. Aman dan damai. Kami beratur kemudian masuk dewan kerana ada beberapa taklimat daripada isteri pemilik tempat perkemahan yang dikenali sebagai Mak Wan. Kemudian solat asar dan 'ice breaking'. Pada malamnya, selepas solat isya', ada night walking yang saya takuti. Sebab apa? Sebab takut ada pacat. Jadi, saya dan beberapa orang lain yang lemah semangat (seperti saya) dan juga orang yang ada penyakit tertentu menunggu mereka yang pergi night walking. malam tu juga kami tidur pada jam 1 pagi.

25 Apr 2009(hari kedua)
Kami bangun pada jam 5 pagi dan bersiap sedia untuk solat subuh. Pada paginya pula, ada ceramah dan latihan dalam kumpulan. kemudian kami makan tengahari dan solat zohor. Selepas itu latihan dalam kumpulan lagi( 2% bosan but best).pada petang nya pula ada lari berhalangan. dalam hati berkata"huih ! lari berhalangan mesti best. Nak masuk jugak la.. tak kisah lah kena gigit pacat pun." dengan beraninya saya pergi jugak. tapi sebelum tu, kena bersenam sikit. lompat bintang 10 kali(saya pun keliru ni ka namanya). semua kena sama lompatannya. Cubaan 1:gagal tambah lagi 20 kali.Kami buat sampai 5 cubaan baru sama. lepastu, lari berhalangan. Agak mancabar. malam tu seperti biasa. makan, solat, ceramah dan tidur.

26 Apr 2009(hari last)
Kami bangun pada jam 4 pagi kerana ada qiamulail. Antara solat sunat yang dilakukan ialah solat sunat tahajud,hajat dan lain-lain. Pada jam 8:30 pagi pula ada jungle trekking. dengar cerita daripada kawan tak ada pacat. FUH !! Selamat... pada jam 1 petang ada majlis penutup yang dirasmikan oleh Tn Hj Mahyuddin yaitu ketua pengarah yayasan takmir pendidikan. Kemudian kami solat zohor dan makan tengahari. Lepas tu berkumpul dan bertolak kesekolah. Perempuan lambat bertolak kerana tak da yang mengaku siapa punya baju yang tertinggal. Tak sempat nak cakap selamat tinggal kat tempat tamrin. we...we... SEKIAN.

Saturday, March 21, 2009

Tolong sebarkan!!

Tolong sebarkan....!! :)

write 'makkah' but dont write 'mecca' coz 'mecca=house of wine'...

write 'muhammad' dont write 'mohd' coz 'mohd=dog with a big mouth '...

write Allah s.w.t' dun '4jji' coz '4jji' = for judas jesus isa almasih...

prkataan BYE adlh jarum sulit kristianyg BERMAKSUD dibbwh naungan pope..

JGN gnekn A'KUM sbb ia BERMAKSUD binatang dlm bhs yahudi..
SEMEKOM plak brmksd celaka kamu....jd GUNAKAN prkataan SALAM as a singktn bg assalammualaikum...

tlg foward pd umt islam yg laen..UTK ELAKKN DARI DIRI BUAT DOSA YG XDISENGAJAKN..

TOLONG SEBARKAN..klu nk beli alquran..yg dicetak edisi bru..hati2..cuz ade yg palsu 1-surah al iman 2-surah al wasaya 3-al tajasud n 4-al muslimoon..

Friday, March 20, 2009

Persaudaraan Islam

Nabi Muhammad s. a. w pernah bersabda yang bermaksud:
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikianlah keindahan Islam. Jauh dari unsur mementingkan diri atau nafsi-nafsi sehinggakan kasih sesama saudara diletakkan sebagai syarat kesempurnaan iman.

Untuk menyahut seruan ini, cuba kita praktikkan perkara di bawah. Semoga dengan cara ini ukhwah yang terjalin akan bertambah kukuh dan manis.

1. Nyatakan rasa kasihmu terhadap saudaramu.
Sabda Rasulullah: "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya bahawa dia kasih kepadanya."

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)

2. Mintalah supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.

Umar al-Khattab r. a berkata, "Saya minta izin kepada baginda Rasulullah s. a. w untuk mengerjakan umrah. Baginda Rasulullah s. a. w membenarkan dan berpesan; "Jangan lupa berdoa untuk kami bersama."

(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).

3. Segeralah bersalam apabila bertemu.

Sabda Rasulullah s. a. w, "Tiadalah dua orang muslim yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."

4. Bermanis muka apabila bertemu

"Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, sekalipun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan".

5. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.

"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakannya, nescaya Allah akan menyukannya pada hari kiamat."

6. Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.

Daripada Abu Hurairah r. a, Rasulullah s. a. w bersabda, maksudnya: Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu, satu kerumitan daripada kerumitan Akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutupkan keaibannya di dunia dan akhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya. (Riwayat Muslim)

Dengan Siapa Kamu Duduk

Sekadar renungan ...

Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup:

1. Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Allah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya.
2. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah.
3. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya.
4. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya
.5. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, akan ditambahkesukaannya bermain-main dan bersenda gurau.
6. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.
7. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, akan bertambahlah keinginannya untuk taat.
8. Barangsiapa suka duduk dengan para ulama' maka bertambahlah ilmu dan waraknya

Sunday, February 22, 2009

BERITA! ! !

Tolong sebarkan berita ini pada semua UMAT ISLAM. Sekarang KRISTIAN sedang aktif di SEREMBAN. 1900 orang PADERI MELAYU berada disini. Mereka meenggunakanSIHIR. hati-hati den air mineral:


1) Al-Baramkah

2) Al-Mansori

3) Al-Bastaria


Air tersebut telah dicampur dengan 'HOLY WATER'. Sekali lagi, TOLONG sebarkan berita ini pada semua umat islam dan sahabat2. Wallau'alam, ini benar bukan rekaan semata-mata.......

Friday, February 13, 2009

14.2.2009

Tarikh ini ialah tarikh yang kunantikan.... tanpa tarikh ini, mungkin saya tidak akan berumur 12 tahun. Kerana, ini ialah tarikh Hari Jadi saya. Bacalah puisi dibawah:


Awalku adalah benih tersemat di dinding ibuku

Yang tak lagi luruh sebab terbuahi genitas ayahku

Memecah sel berbanyak pangkat dua :

Satu, dua, empat, enambelas, dua ratus lima puluh enam

Detak memecah genderang dalam kelam namun hangatnya ketuban

Raga menyempurna seiring semester yang kulalui



Pintu di ujung lorong sempit ini tiba-tiba sedikit mulai terkuak

Sedikit kudengar suara dari luar :

Nafas meburu dan ejan yang menyayat hati

Keriap gesekan sepatu steril di lantai bebalut kalut

Suaramu kah itu Bunda?, sepatumu kah itu Ayah ?

Sedikit kuhirup udara dari luar :

Ah, harum dan busuk silih berganti menghampiriku

Semakin tajam ketika jarak mulai habis..

Apakah ini harumnya dunia ?

Sedikit kuintip cahaya di luar

Benderang memaksa mata kecilku memincing

Tapi pantang ku memejam, lalu ku koar :

Ku tantang kau dunia !



Aku kabarkan pada dunia kehadirankku

Lantang tak ragu,

Lalu kenapa semua layak terbalik ?

Sampai saat adzan merdu dari bibir Ayahku berkumandang di telinga kananku

Kembali ku koar :

Aku hadir wahai dunia !



Abad kulalui,

walau hanya baru seperempat

Apa arti hari jadi ?

Umur bertambah,

nafas berkurang lagi !

Saturday, February 7, 2009

Cerita Kelakar

Waktu persekolahan telah pun tamat di sebuah sekolah agama. sebelum keluar kelas, ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Berahim berkata kepada murid-muridnya;

Ustaz Berahim : Sesipa diantara kamu semua nak masuk atau pergi ke Syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali seorang murid bernama Udin.
Lalu Ustaz Berahim yang kehairanan terus bertanya kepadanya.

Ustaz Berahim : Udin, kenapa kamu tak nak masuk ke Syurga?
Udin: Mak saya kata...lepas habis sekolah ...jangan pergi ke mana-mana!!!

Udin jawab dengan wajah yang cukup selamba....

Saturday, January 31, 2009

Kem Kepimpinan Pengawas

Assalamualaikum.....

Kem kepimpinan pengawas ini diadakan pada 29(khamis) dan 30(jumaat) jan 2009 di Sekolah Menengah Sains Alam Shah,Kuala Lumpur. Kami tidur di bilik asrama yang ada disitu. Sepanjang masa saya berada disitu, banyak perkara berfaedah saya dapati seperti 1.SIAPA SAYA untuk mempersedarkan diri kita bahawa kita ini pengawas bukan murid biasa. Jadi kita kena lebih mantap dari murid lain. 2. DIRI SAYA untuk menjadi pengawas yang lebih baik dan mengetahui labih lanjut tentang diri kita. 3.BOLEH SAYA BANTU untuk memberanikan diri supaya dapat membantu murid lain dengan lebih baik. Dan 4.SEKOLAH SAYA untuk mengetahui sekolah supaya kita dapat menyesuaikan diri dengan keadaan nya. Ini sahaja daripada saya...Sekian.......

Thursday, January 1, 2009

BIODATAKU.......

Nama : Zahidah b.t Hamdi

Umur : 12 tahun

Alamat : No 14, jalan saujana 2/6, Desa Saujana Sungai Merab Dalam, 43000, Kajang S.D.E

Hobi : Menyanyi, melukis, bermain badminton dan bermain ping-pong
.
cita2 : Guru

Jawatan: Pangawas sekolah

My Muslim Girl

I am a Muslim girl living in a Muslim country. I will try my best to obey Allah's command and follow my parents advices.

Hope to meet more muslim girls around the world.