Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya!!

SalaM..





Heh... saja je nak ucapkan hari raya awal-awal. Takut tak sempat sebab tahun ni raya kat Kelantan. Jauh woo... Dah la kat kampung takde komputer. Jadi, tak boleh buat post la... Buat awal-awal lagi senang sebab raya nanti tak payah ucap lagi sekali sebab dah ucapdah... Kad raya tak sempat buat. So, kad raya kat bawah ni cilok dari internet la..... hi... Sori kepada pemilik kad raya ni..



Duit raya lupala nak bagi..

Wassalam..

Wednesday, September 16, 2009

Siapa tak marah?

Salam..

Harini rasa geraaaaaaaam sangat! Pasal apa? Pasal apa lagi kalau bukan pasal budak LELAKI.
Diaorang dah buat saya maraaaaah sangat. Macam ni jalan cerita die:

Masa tu, tengah baca buku tajwid sebab nanti ada periksa PSRA matapelajaran tajwid. Lepastu, saya pun nak keluar la sebab nak ambil air wuduk dan tiba-tiba..... BOOM!! pintu terbukak dan sejadah berterbangan!! Budak perempuan yang tengah rilek-rilek pon terkejut besar!! Rupa-rupanya budak laki saja nak terkejutkan kitaorang!! Ataupun nak mengorat Annisa kot? Ntah la.. Lepastu kitaorang gado-gado dan AKHIRNYA lelaki mengalah juga!! Haha.. Ternyata perempuan lagi mulot laser dari budak lelaki.. Tanda budak lelaki dah mengalah ialah.... diaorang tutup pintu dan tidak layan kitaorang lagi.. Dah takde idea kot nak lawan balik apa... Tapi saya masih marah lagi... Ok.. Sampai sini saje!! Oh ya! Hampir terlupa!! Tadi , masa baru habis periksa, saya pun nak balik la sebab kereta dah sampai. bila dah 50 cm nak sampai kereta,tiba -tiba, Fadh tahan saya. Die kata 'nama kau sape?' Saya pon cakapla dalam hati "nama aku die terlupa? kita kan pernah sama kelas dulu?" saya pon cepat jalan(bukan lari) dan bukak pintu kereta dan die cepat-cepat lari. Dia tak tau kot tu kereta saya. haha.. padan muka!!
tujela!! WASSALAM..
Wassalam..

Wednesday, September 9, 2009

What Hapened Today?

Salam...

Haih.. banyak benda terjadi harini. Mula-mula, periksa Math 1 yang saya main HANTAM BANYAK SOALAN!!! ha..ha.. Lepastu habis lah periksa kita orang untuk harini. And then, ada tusyen free kat sekolah. Mula la kitaorang cakap kat cikgu macam-macam. Kitaorang cakap periksa susah lah.. itula,inilah. Haiyya... Lepastu lepak kejap kat bawah pokok yang lebat daunnya dengan Aisyah & Syufinah. ha..ha.. Kita orang borak-borak jap. Tapi tajuknya hanya diminati oleh Aisyah & Syufinah iaitu.........: Cerita Jepun. Argh!!! Tak paham langsung cerita apa yang diaorang ceritakan. Saya ni tak minat cerita Jepun ni . Dia orang cakap pasal cerita 'Prince of Tennis'. Pernah tengok tak? Saya tak pernah tengok.. Lepastu azan Zuhur... Saya pon solatlah dengan Syufinah je sebab Aisyah dah balik.. Lepas solat baring-baring jap kat dalam surau tu(surau KDH), tergoleng-goleng(Syufinah la tu), nasib baik tak de orang dalam surau masa tu. Lepastu keluar la dari surau tu sebab ada orang nak solat. Kita orang tunggu la kat kantin sebab beg ada kat situ. Malas nak bawa beg tu kehulu-hilir. Lepas dah bosan kita orang salam ngan Shahira sebab dia nak balik. We do our special hand shake and pergi koperasi sebab ada cikgu bahasa melayu kitaorang kat situ. Kitaorang jenguk sikit kat dalam koperasi tu, lepatu kitaorang nampak..... nampak.... kitaorang nampak..... Air F&N!!!! HaIH... Memang menguji kesabaran betol la!!! Macam-macam perisa!!! Cikgu perasan tau kitaorang terpandang-pandang air tu. Lepastu cikgu pon belanja la kitaorang.. Yay!! Lepas cikgu belanja cakap la terima kasih banyak-banyak.. Doakan kitaorang berjaya, bla..bla..bla.. Dah la.. Nak tido.. nantok sangat!!!
Wassalam...

Tuesday, September 8, 2009

Periksa!!!

Salam...

Haih... masa periksa pon boleh bukak komp. lagi...? Ish..Ish... Ha..Ha.. saja jer buka komp. ni..
mak suroh buka buat periksa tahun lepas dalam komp. . Harini ada periksa Mathematics (1).
Harap-harap senang lar.. Semalam periksa BM 1, BM2, Mathematics1. Boleh tahan la soalan die..
Ok. Nijelar..
Wassalam...

Thursday, September 3, 2009

TTFN???

Salam...

Haih.. Mungkin ni kali terakhir saya jenguk Blog ni. Yelah..
UPSR MINGGU DEPAN!!!
Doakanlah supaya saya dapat 5A UPSR & Mumtaz PSRA...
Harini penaaaaat sangat.. Susun meja untuk UPSR nanti. Penat dowh.... Tapi.. kelas 6 Uthman dengan 6 Omar lagi penat sebab dia orang kena angkat meja dari tingkat 4 sampai ke tingkat G.
HA...HA...HA.. Kiranya kelas saya ni beruntungla sebab kelas bawah sekali... Lagi pun... Saya tak payah angkat meja sebab,,, kelas saya periksa dalam kelas darjah satu,,, SO... kitaorang guna meja darjah satu jelah... Tukar kelas dengan budak darjah satu.. heh..heh.. Tapi penatlah juga sebab meja darjah satu ni kotor. So... Kami tahun 6 telah sipaksa oleh cikgu untuk mengemas kelas tu!! Haih!!! Adik tak sapu kelas ke? Banyak habuk dalam kelas adik ni! Kakak un tak tau Kakak bersin berapa kali.. Sabar Zahidah.. Dia orang ni kecik agi.... Hurmmm..... Betul juga eh...
Lepatu nak kena bawak balik barang yang ada bawah meja tu macam....

1.6 buah buku teks
2.3 buah kamus

AYKARAMBA!!(ayat orang yg terkejut dlm bahasa sepanyol)
Banyak barang wo... Aiyayya.... Haih!!!(saya ni banyak mengelu la pulak)
Baiklah... Sampai ni saje..
Wassalam..

Wednesday, September 2, 2009

Tolong forwardkan!!

Salam...



1. Semalam,Siaran RTM di negeri Pahang,
tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit. mungkin ini tanda2 nya..



2. Kepada semua yang bergelar muslim, harini pakar meteorologi bahagian bunyi dari Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama, kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita disuruh tidak berhenti azan dan solat. Sebarkan kepada umat ISLAM yang lain. Amanah!!! Wallahualam. KITA YANG MENENTUKAN DIRI KITA. Sebarkan kalau sayang pada Islam.

3. BAHANYA KARTUN POKEMON dan BINATANG2 yang ada dalamnya. POKEMON bermaksud saya Yahudi. PIKACHU bermaksud JADILAH Yahudi. CHARMANDER bermaksud ALLAH itu lemah. Nauzubillah.... Jadi,tolonglah sebarkan kepada rakan2 anda semua.

4. Sesiapa yang ada yahoo messenger(ym), tolong jangan add orang yang ID die macam ni :
anamuslim_....cute_97@yahoo.com. Die cuba nak murtadkan orang Islam. Tolong forwardkan post ni kepada semua orang Islam!!!_kalau rasa sayangkan Islam la.. kalau tak sayang tak payah forward) Jangan fsombong n bongkak... Sekarang korang gembira lah. Tunggu balasan dekat kubur..