Wednesday, September 9, 2009

What Hapened Today?

Salam...

Haih.. banyak benda terjadi harini. Mula-mula, periksa Math 1 yang saya main HANTAM BANYAK SOALAN!!! ha..ha.. Lepastu habis lah periksa kita orang untuk harini. And then, ada tusyen free kat sekolah. Mula la kitaorang cakap kat cikgu macam-macam. Kitaorang cakap periksa susah lah.. itula,inilah. Haiyya... Lepastu lepak kejap kat bawah pokok yang lebat daunnya dengan Aisyah & Syufinah. ha..ha.. Kita orang borak-borak jap. Tapi tajuknya hanya diminati oleh Aisyah & Syufinah iaitu.........: Cerita Jepun. Argh!!! Tak paham langsung cerita apa yang diaorang ceritakan. Saya ni tak minat cerita Jepun ni . Dia orang cakap pasal cerita 'Prince of Tennis'. Pernah tengok tak? Saya tak pernah tengok.. Lepastu azan Zuhur... Saya pon solatlah dengan Syufinah je sebab Aisyah dah balik.. Lepas solat baring-baring jap kat dalam surau tu(surau KDH), tergoleng-goleng(Syufinah la tu), nasib baik tak de orang dalam surau masa tu. Lepastu keluar la dari surau tu sebab ada orang nak solat. Kita orang tunggu la kat kantin sebab beg ada kat situ. Malas nak bawa beg tu kehulu-hilir. Lepas dah bosan kita orang salam ngan Shahira sebab dia nak balik. We do our special hand shake and pergi koperasi sebab ada cikgu bahasa melayu kitaorang kat situ. Kitaorang jenguk sikit kat dalam koperasi tu, lepatu kitaorang nampak..... nampak.... kitaorang nampak..... Air F&N!!!! HaIH... Memang menguji kesabaran betol la!!! Macam-macam perisa!!! Cikgu perasan tau kitaorang terpandang-pandang air tu. Lepastu cikgu pon belanja la kitaorang.. Yay!! Lepas cikgu belanja cakap la terima kasih banyak-banyak.. Doakan kitaorang berjaya, bla..bla..bla.. Dah la.. Nak tido.. nantok sangat!!!
Wassalam...

No comments:

Post a Comment